eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Malaysian Ghost Stories Lakonan Janna Nick, Zahiril Adzim

 

Tonton drama seram 'Malaysian Ghost Stories' bermula 25 Ogos 2021 ini setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria atau strim di platform Astro Go/Ultra Box.

JUDUL : MALAYSIAN GHOST STORIES
TONTON FULL EPISOD : 1-18
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria
IDEA ASAL: Syawal Azrai 
PENULIS SKRIP : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir
PENGARAH : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures
PELAKON : Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot, 

SINOPSIS MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 01 - Nenek Hostel
Pelakon: Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad
Sinopsis: Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.

Episod 02 - Jin Pemusnah
Pelakon: Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Tuan Asmawi, Hamidah Wahab
Sinopsis: Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.

Episod 03 - Hantu Kum Kum
Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran.

Episod 04 - Nenek Kebayan
Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.

Episod 05 - Nu Gui
Pelakon: Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim, Derrick Yifan, Ammar Bahri 
Sinopsis: Alice telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tunangnya, Andy tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Kini roh Alice yang tak tenteram memakai baju merah mula memburu perogolnya.

Episod 06 - Hantu Raya
Pelakon: Kazar Saisi, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Tuan Asmawi
Sinopsis: Pak Karim membela hantu raya untuk menjaga tanahnya. Suatu hari pak karim keluar menjerat ayam hutan namun hantu rayanya telah menyamar dan bersama dengan isterinya.

Episod 07 - Rumah Sewa RM100
Pelakon: Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Senario

Episod 08 - Pocong
Pelakon: Janna Nick, Nesa Idrus

PROMO DRAMA Malaysian Ghost Stories

 
PARA PELAKON MALAYSIAN GHOST STORIES