eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Siti Sarah Masuk ICU, Kita Doakan Beliau Dan Kandungan Selamat

Siti Sarah Masuk ICU,Kita Doakan Beliau Dan Kandungan Selamat 1

Penyanyi Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

"Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

"Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. 

"Semoga Allah merahmati kita semua, amin," katanya.

Siti Sarah Masuk ICU,Kita Doakan Beliau Dan Kandungan Selamat 5

Terdahulu Siti Sarah yang sarat mengandung tujuh bulan telah dikejarkan ke hospital disebabkan tahap oksigen semakin menurun 

Sumber: Shuib