eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Diva Popular 2 Lakonan Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle

 

Lakonan Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle

Tonton Drama bersiri Diva Popular 2 telah menemui penonton melalui slot Dramedi, bermula 25 September 2021 menggantikan drama Penghulu Interim. Drama terbitan Rumah Karya Citra, arahan Rashid Sibir ini diteruskan lagi sebanyak 13 episod. 

Masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah sebagai peneraju utama bersama Syafiq Kyle dan Jalaluddin Hassan untuk menambahkan lagi kehangatan siri kali ini.

Saksikan Dramedi, Diva Popular 2 disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di Awesome TV (Astro saluran 123, MyTV saluran 112) dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.

JUDUL : DIVA POPULAR 2
FULL EPISOD : 1-13
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2021
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
RANGKAIAN : TV Awesome
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Rumah Karya Citra
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle,  Shah Ikandar, Kaka Azraff, Yusof Hashim, Jalaluddin Hassan, Ustazah Asni Mansor,  Ellie Suriaty, Didies Alias, Hasnul Rahmat, AG Coco

LAGU TEMA (OST)
Chikadun - Floor 88 

SINOPSIS DIVA POPULAR 2
Musim sebelum ni, menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan. 

Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran. 

Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima).

PROMO DIVA POPULAR 2 


PARA PELAKON DIVA POPULAR 2



PARA PELAKON DIVA POPULAR 3

PARA PELAKON DIVA POPULAR 2 5

PARA PELAKON DIVA POPULAR 2 6