eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Mr Bibik Lakonan Saharul Ridzwan, Zara Zya

 

Lakonan Saharul Ridzwan, Zara Zya

Tonton drama adaptasi novel Mr. Bibik karya Aein Dhiyauddin akan datang di Slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya. Drama 20 episod arahan Pali Yahya, terbitan Saphire Screen Sdn Bhd.

JUDUL : MR. BIBIK
TONTON FULL EPISOD :1- 20
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aein Dhiyauddin
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Pali Yahya, Eez Jalaluddin
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Roy Azman, Liza Abdullah, Dayang Areeda, Anne Abdullah, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Sefik

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman
Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa

SINOPSIS MR. BIBIK
Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

PROMO DRAMA MR.BIBIK


PARA PELAKON MR.BIBIK

Lakonan Saharul Ridzwan, Zara Zya

PARA PELAKON MR.BIBIK 1

PARA PELAKON MR.BIBIK 4

PARA PELAKON MR.BIBIK 6