eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Gerak Khas Undercover

 

Drama Gerak Khas Undercover 2

Tonton Gerak Khas kembali dengan wajah baharu dengan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini dan relevan! Selain mengekalkan watak popular lakonan Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Dato’ AC Mizal, nantikan juga penampilan Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Dato’ Rosyam Nor dan Khalida Balqis dalam Gerak Khas Undercover yang mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.

Gerak Khas Undercover merupakan idea asal daripada Syafiq Yusof manakala Datuk Yusof Haslam bertindak sebagai penasihat produksi. Selain itu, Syafiq Yusof juga merupakan pengarah bersama dengan C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin dan M.S Hakim.

Gerak Khas Undercover bakal bersiaran selama 30 episod di TV3 bermula pada 1 Oktober 2021, setiap hari Jumaat, pukul 10.30 malam serta turut disiarkan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

JUDUL : GERAK KHAS UNDERCOVER
FULL EPISOD : 30
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Jumaat, 10.30 malam
RANGKAIAN: TV3 & iQiyi
IDEA ASAL : Syafiq Yusof
PENGARAH : Syafiq Yusof, C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, M.S Hakim
PENERBIT : Yusof Haslam
PRODUKSI : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Erra Fazira, Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, AC Mizal, Rosyam Nor, Khalida Balqis, Kenji Sawahi

LAGU TEMA (OST)
GK Undercover - Syamsul Yusof 

SINOPSIS GERAK KHAS UNDERCOVER
Gerak Khas Undercover memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 

Ketua gengster, Tony Bono (Dato’ Rosyam Nor) yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.  

DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony.

Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim) untuk mempercepatkan penangkapan Tony Bono. Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia (Khalida Balqis) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Selepas itu, apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini?

PROMO GERAK KHAS UNDERCOVER


ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER
ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER 2


ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER5

ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER 7

ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER 9

ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER 11

ANTARA PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER 13