eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama i-Tanggang Lakonan Sherie Merlis, Faizal Hussein

 

Lakonan Sherie Merlis, Faizal Hussein

Tonton drama premium terbaru bagi mengisi slot Astro Originals iaitu I-Tanggang. Menariknya, ia merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. 

Membariskan pelakon hebat seperti pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2012, Sherie Merlis, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, Faizal Hussein, Danish Hazriq (Pelakon Pembantu Lelaki Anugerah Skrin 2018), Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila dan ramai lagi. 

I-Tanggang merupakan idea asal oleh bakat kreatif cukup berkaliber, Wan Hasliza Wan Zainuddin. Beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah bersama-sama Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak.

Drama premium 12 episod ini bakal menemui penonton mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. 

JUDUL : I-TANGGANG MOTHER OF ALL LIES
EPISOD : 12
TARIKH TAYANGAN : 13 September 2021
WAKTU SIARAN : Isnin, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra
PENULIS SKRIP : Wan Hasliza, Wan Alaudin, Keen
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Rashidi Ishak
PRODUKSI : KL Motion Pictures
PELAKON : Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Dato Rahim Razali, Pushpa Narayan, Zul Huzaimy, Nadine Eniahani, Syed Muhammad Baqir, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng

WATAK PELAKON
Sherie Merlis sebagai Erma
Faizal Hussein sebagai Rahmat
Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
Nadhir Nasar sebagai Syafiq
Emma Sofea sebagai Esra
Sofia Jane sebagai Dr Nini
Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

LAGU TEMA (OST)
Gelap - Satwo
Cahaya Malam - Satwo
Bukan Mainan - Rashidi Ishak

SINOPSIS I-TANGGANG
Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut.

Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang.

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

PROMO DRAMA I-Tanggang


PARA PELAKON DRAMA I-TANGGANG

PARA PELAKON DRAMA I-TANGGANG2

PARA PELAKON DRAMA I-TANGGANG4

PARA PELAKON DRAMA I-TANGGANG6

PARA PELAKON DRAMA I-TANGGANG8

PARA PELAKON DRAMA I-TANGGANG10