eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Oh My Hantaran Lakonan Noki K-Clique, Elisya Sandha, MK K-Clique

 

Lakonan Noki K-Clique, Elisya Sandha, MK K-Clique2

Tonton Oh My Hantaran bakal mengisi slot Diandra TV9 bermula 29 Disember ini. Menampilkan gandingan Elisya Sandha, Noki K-Clique dan MK K-Clique. Diterbitkan oleh Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Oh My Hantaran bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL :Oh My Hantaran
Tonton FuLL Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2021
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 8:30 malam
Rangkaian: TV9 slot Diandra
Penulis Skrip: MF Kencana
Pengarah: Suhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Elisya Sandha sebagai Mira 
Noki K-Clique sebagai Mail
MK K-Clique sebagai Rizal
Rosli Rahman Adam sebagai Encik Sabri
Anna Jobling sebagai Alya
Alif Hadi sebagai Emi
Syazlin Zainal sebagai Syikin
Jasper Supayah sebagai Wani
Salina Saibi sebagai Bidan Yaya
Raja Azura sebagai Datin Amy
Khairil Anwar sebagai Malik
Ieda Moin sebagai Asmidar
Zalif Sidek sebagai Lawyer buruk
Ziana Zain sebagai Kamalia
Jasmin Hamid sebagai Sakinah 
Nazia Mustafar sebagai Datin Merry
Syarafi Sudarmaji sebagai Farish
Kak Girl sebagai Ratu Bawang

Lagu Tema (OST)
Payung Pelangi - K-Clique 

Sinopsis Oh My Hantaran
Mengisahkan Mira (Elisya Sandha), gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Mail seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah.

Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya. Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua.

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun.

Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang.

Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira? Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira?

PROMO OH MY HANTARAN


PARA PELAKON OH MY HANTARAN
Lakonan Noki K-Clique, Elisya Sandha, MK K-Clique

PARA PELAKON OH MY HANTARAN 2

PARA PELAKON OH MY HANTARAN 6

PARA PELAKON OH MY HANTARAN 8

PARA PELAKON OH MY HANTARAN 10
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40