eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anugerah Bintang Popular BH 34 (2021) ABPBH34- Senarai Keputusan Pemenang

 

Kehangatan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 13 November 2021 jam 9.00 malam di tempat yang akan dikemaskini kian dirasai apabila pemenang yang terdiri daripada calon lima teratas bagi 13 kategori utama, dan lima kategori online dipertandingkan akan diumumkan sebaik sahaja acara anugerah berprestij itu berlangsung

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang telah memasuki edisi ke-34 menampilkan tema “#KITABERSAMA”

Malam anugerah bagi tahun ini akan dijalankan secara virtual kerana tidak dihadiri oleh penonton berikutan pematuhan SOP kerana penularan wabak Pandemik COVID19

Sherry Alhadad mengambil alih tugas sebagai pengacara pentas utama, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
  
Manakala, Izzue Islam dan Sissy Imann pula memegang peranan sebagai hos karpet merah bagi menemubual barisan selebriti yang hadir menyerikan malam majlis.
  
Seperti yang diketahui ramai, ABPBH adalah sebuah anugerah pilihan peminat yang menyerahkan mandat sepenuhnya kepada penonton bagi menentukan pemegang trofi untuk 14 buah kategori utama dan enam kategori online yang dipertandingkan.

Untuk senarai calon Top 5 edisi ini, anda boleh baca artikel: Senarai Calon Top 5 ABPBH 2021 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34
  
Info penuh berkaitan ABPBH 34 termasuk senarai artis yang membuat persembahan boleh dirujuk di artikel: Info Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34) 2021
  
Malam kemuncak ABPBH 34 pada 13 November 2021 dikendalikan secara virtual dan ditayangkan secara 'live' oleh saluran TV3, termasuk laman Tonton, YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.
  
Senarai penuh pemenang yang berjaya menggenggam trofi musim ini adalah seperti berikut:-

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34) 2021
(Pemenang setiap kategori akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan)
  
Kategori utama
  
1. Artis Baharu Lelaki Popular - Dinie Rashid
2. Artis Baharu Wanita Popular - Kumpulan Dolla
3. Penyanyi Lelaki Popular -
4. Penyanyi Wanita Popular -
5. Pelakon Filem Lelaki Popular -
6. Pelakon Filem Wanita Popular -
7. Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi -
8. Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi -
9. Artis Versatil Popular -
10. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Aina Abdul, Khai Bahar (Nafas Cinta)
11. Artis Komedi Popular - Asif Suhaimi
12. Penyampai Radio Popular - DJ Lin
13. Pengacara TV Popular - Janna Nick
14. Watak Animasi Popular -
  
Kategori Online
  
1. Gandingan Serasi Drama Popular -
2. Gandingan Serasi Filem Popular -
3. Watak Antagonis Popular - Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)
4. Youtuber Popular - Aqil Zulkiflee
5. Artis TikTok Popular -
6. Anugerah FANtastik Popular -
    
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Hajah Habsah Hassan

Senarai Pemenang ABPBH 34

Bintang Paling Popular - Janna Nick (86,374,777 undian)
Anugerah Sepanjang Hayat - Habsah Hassan
Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi - Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi - Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular - Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana
Pelakon Filem Lelaki Popular - Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular - Janna Nick
Artis Versatil Popular - Siti Nordiana
Watak Animasi Popular - Ejen Ali
Watak Antagonis Popular - Liza Abdullah
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Khai Bahar & Aina Abdul
Artis Komedi Popular - Asif Suhaimi
Penyampai Radio Popular - DJ Lin
Pengacara TV Popular - Janna Nick
Artis Baharu Lelaki Popular - Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular - Dolla

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular - Kamal Adli dan Uqasha Senrose
Gandingan Serasi Filem Popular - PU Riz dan Wanna Ali 
Anugerah FANtastik Popular - Siti Nordiana
Watak Antagonis Popular - Liza Abdullah
Artis TikTok Popular - Khai Bahar
YouTuber Popular - Aqil Zulkiflee