eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Diari Seorang Suami lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo

lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo

Tonton Drama bersiri 'Diari Seorang Suami' bakal menampilkan gandingan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo.  Drama terbitan Art Ornament Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Johan Bahar. Ditayangkan bermula 12 November 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

JUDUL : DIARI SEORANG SUAMI
FULL EPISOD :1- 13
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
RANGKAIAN : Lestary TV3
SKRIP : Azril Hamzah, Amin Shakib dan Shida Zali
PENGARAH : Johan Bahar
PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd
PELAKON : Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim, Aiyuni Hashim

WATAK PELAKON
Afieq Shazwan sebagai Hairi
Yuna Rahim sebagai Neesa
Keith Foo sebagai Azman

SINOPSIS DIARI SEORANG SUAMI
Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.

Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa. 

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

PROMO DRAMA DIARI SEORANG SUAMI

PARA PELAKON DAIRI SEORANG SUAMI

PARA PELAKON DAIRI SEORANG SUAMI 2

PARA PELAKON DAIRI SEORANG SUAMI 4