eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim, Rita Nadira

 

Tonton Drama Kerana Dia Suka Full Episod diinspirasi daripada novel terbitan Karya Seni nukilan Marissa disiarkan pada 9 Mac ini mengisi slot Lestary TV3 dan boleh strim di Disney+ Hotstar. Sebuah drama arahan Kyoll Hamzah, ditunjangi oleh Fikry Ibrahim dan Rita Nadira. 

JUDUL :Kerana Dia Suka #keranadiasuka
Tonton Full Episod :1-20
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Skrip: Mufid Suhaimi, Next Scene Team
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma, Zain Saidin

Watak Pelakon
Fikry Ibrahim sebagai Idham
Rita Nadira sebagai Wardina
Trisha Ooi sebagai Zaimah
Fendi London sebagai Haji Budin
Riz Amin sebagai Ijol
Nasha Aziz sebagai Seha
Mimi Ernida sebagai Aida
Ezany Nizarif sebagai Dato Zack
Marisa Yasmin sebagai Datin Frida
Nina Smith sebagai Nurlisa

Lagu Tema (OST) 
Lagu : Kan Kan Kan 
Penyanyi : Zarol Zari 
Komposer : Cat Farish, Suffren Ghafar
Lirik : Cat Farish, Suffren Ghafar, Amri Aziz

Sinopsis Drama  Kerana Dia Suka

Wardina kecewa apabila tunangnya Sufian ditangkap khalwat dengan wanita lain. Semasa Sufian terpaksa mengahwini Aida, Wardina membawa diri ke Kundasang, Sabah untuk merawat lukanya. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki tampan bernama Idham. Timbul perasaan suka antara satu sama lain tetapi mereka tidak boleh bersama kerana Idham sudah bertunang.Wardina tidak mahu jadi orang ketiga.

SINOPSIS NOVEL KERANA DIA SUKA
“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”

Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi
kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.
Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.

“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”

Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.

“Saya dah bertunang.” - Idham

Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.

Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.
Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina
“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham

Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham

“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina

“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham

Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu! 

PROMO KERANA DIA SUKA

PARA PELAKON KERANA DIA SUKA
Lakonan Fikry Ibrahim, Rita Nadira
PARA PELAKON KERANA DIA SUKA2

PARA PELAKON KERANA DIA SUKA4
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40