eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kisah Cinta Kita Lakonan Aedy Ashraf, Amelia Henderson

 

Lakonan Aedy Ashraf, Amelia Henderson

Tonton drama bersiri 'Kisah Cinta Kita' menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson. Drama terbitan A. Aida Production, dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Jun nanti.

JUDUL : KISAH CINTA KITA
TONTON FULL EPISOD :1- 28
TARIKH TAYANGAN : 26 NOV 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sarah Hildebrand, Khaty Azian, Jalaludin Hassan, Maria Farida

WATAK PELAKON 
Lagu Tema (OST)
Sejarah Cinta Ku - Ucop
Duri - Ahmad Syafiq 
Panah - Nadeera
Cinta Khayalan - Wany Hasrita
Bukan Milik Ku - Muna Shahirah
Berakhirlah Pencarianku - Hafiz Suip & Ernie Zakri
Mimpi - Haqiem Rusli
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Maafkan Lah - Syamel
Izinkan Aku - Tajul
Sorry-Sorry Sayangku - Nomad
Pelangi - Khareez Khasbullah
Ternyata Bukan Aku - Nidza Afham

Sinopsis Kisah Cinta Kita
Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. 

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju. 

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

PROMO DRAMA KISAH CINTA KITA 


PARA PELAKON DRAMA KISAH CINTA KITA

PARA PELAKON DRAMA KISAH CINTA KITA 1

PARA PELAKON DRAMA KISAH CINTA KITA 5

PARA PELAKON DRAMA KISAH CINTA KITA7

PARA PELAKON DRAMA KISAH CINTA KITA 9
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28