eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Sihir Lakonan Kamal Adli,Farah Ahmad

 

Lakonan Kamal Adli,Farah Ahmad

Tonton drama Sihir gandingan pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem akan disiarkan di Astro Ria mulai 1 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam.

JUDUL : SIHIR
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam 
RANGKAIAN : Astro Ria
IDEA ASAL : Syawal Azrai, Srikandi Emma
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Rahim Ramli, Michelle Yoon, Qawiem Hamizan, Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang, Kamal Adli, Hun Haqeem, Azmir Affandi
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Hun Haqeem, Farah Ahmad, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Fiza Thomas, Zarynn Min, Dilla Ahmad, Mak Wan Ju, Ellyas Abdullah, Katalina, Afiq Rahem, Faha Azhar

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Nuh
Hun Haqeem sebagai Hud
Zarul Husin sebagai Ustaz Ayub

SINOPSIS SIHIR
Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.
 
Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.
 
Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.
 
Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

PROMO DRAMA SIHIR


PARA PELAKON DRAMA SIHIR

PARA PELAKON DRAMA SIHIR 2