eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Antara Senarai Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

 

Antara Senarai Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021 1

Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3, buat julung kali diadakan pada 18 Disember 2021 mempertandingkan sebanyak 14 kategori. Drama yang tercalon adalah drama yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Jun 2021.

Anugerah ini digamatkan oleh dua pengacara utama iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce. Dimeriahkan dengan persembahan-persembahan daripada selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Khai Bahar, Cassia, Cat Farish, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Stacy, Ismail Izzani, MK dan Noki.

Senarai Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021
DRAMA TERBAIK
Budak Tebing

PENGARAH TERBAIK
Feroz Kader
Budak Tebing

DRAMA POPULAR
Melastik Ke Hatimu

ANUGERAH KHAS BARISAN  PELAKON  TERBAIK DRAMA
Takdir Yang Tertulis

PERSONA  BINTANG
Fauziah Datuk Ahmad Daud

PENULIS SKRIP TERBAIK
Janjira & PGRs Team
Budak Tebing

DRAMA MANDARIN TERBAIK
Bonus Vacation 
Sky Picture

PELAKON LELAKI TERBAIK
Zul Ariffin
Ryan Aralyn

PELAKON WANITA TERBAIK
Janna Nick
Misteri Mona

PELAKON ANTAGONIS TERBAIK
Liza Abdullah
7 Hari Mencintaiku 2

PASANGAN TERBAIK DRAMA 
Shukri Yahaya & Siti Saleha
7 Hari Mencintaiku 2

OST TERBAIK
Mimpi - Haqiem Rusli
Bidadari Salju

DRAMA ADAPTASI NOVEL TERBAIK
7 Hari Mencintaiku 2
Siti Rosmizah

BABAK TULAR DRAMA TERBAIK
Kampung People 2