eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Sepi Tanpa Cinta Lakonan Nazim Othman, Yuna Rahim

 


Tonton Drama Sepi Tanpa Cinta merupakan adaptasi novel karya Damya Hanna bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Menampilkan gandingan Nazim Othman dan Yuna Rahim. Diarahkan oleh Rashid Sibir. 

JUDUL :Sepi Tanpa Cinta
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: Januari 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria - MegaDrama
Novelis: Damya Hanna
Pengarah: Rashid Sibir
Pelakon: Nazim Othman, Yuna Rahim, Zul Helmy, Faziah Nawi, Najihah Sham, Asyiqin Zaed, Maria Farida, DJ Fateh, Norlia Ghani, Sheila Hassan

Watak Pelakon
Nazim Othman sebagai Fakrul
Yuna Rahim sebagai Haziqah (Ziqa)
Zul Helmy sebagai Yusri
Faziah Nawi sebagai Aminah
Najihah Sham sebagai Sue
Asyiqin Zaed sebagai Radiah 

Sinopsis Sepi Tanpa Cinta
Haziqah memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!

Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

PROMO SEPI TANPA CINTA

Lakonan Nazim Othman, Yuna Rahim

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40