eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bandi Amuk Tersingkir Di Minggu Ke-7 Gagal Ke Peringkat Suku Akhir Saingan GV8

 

Bandi Amuk Tersingkir Di Minggu Ke-7 Gagal Ke Peringkat Suku Akhir1

Penyanyi Bandi Amuk merupakan peserta terbaharu yang tersingkir setelah mendapat markah terendah dalam saingan Gegar Vaganza 8 (GV8).

Bandi yang mempersembahkan lagu I Want To Break Free yang dipopularkan oleh kumpulan Queen sekadar mendapat markah sebanyak 53.80 peratus.

Satu lagi peserta iaitu SA.YA yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin pula berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah 54.00 peratus, hanya 0.2 peratus sahaja melebihi Bandi Amuk.

Sementara itu, penyanyi Nikki Palikat sekali lagi dinobatkan sebagai juara mingguan apabila mendapat markah tertinggi sebanyak 72.30 peratus menerusi persembahan lagu Rindu yang dinyanyikan Hetty Koes Endang.

Mengekori rapat di tempat kedua pula adalah penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang meraih marlah sebanyak 71.90 peratus.

Saingan GV8 menampilkan 100 peratus markah juri, di mana Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bertindak selaku juri tetap, manakala Datuk M. Nasir pula menjadi juri jemputan.

. *Ada Lagu Ada Lagi (Ku Petik Bintang Bintang – Minggu Ke-8)

1. Zheng Fu – Nikki Palikat (72.30 peratus)

2. Rapuh – Aliff Aziz (71.90 peratus)

3. You Are My Everything – Suki Low (69.70 peratus)

4. Right Here Waiting – Azan Scan (64.90 peratus)

5. Ngajat Tampi – Ani Mayuni (63.30 peratus)

6. Diambang Sore – Shidee (59.40 peratus)

7. Dia – Aweera (57.50 peratus)

8. Dhoom Machale – Adibah Noor (56.70 peratus)

9. Blus Terengganu Kite – SA.YA (54.00 peratus)

10. TERSINGKIR – Bandi Amuk (53.80 peratus)