eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Big Stage 2022,Senarai Peserta Juri Dan Pengacara

 

Big Stage 2022,Senarai Peserta Juri Dan Pengacara2

Tonton full Program realiti nyanyian, Big Stage 2022 kembali untuk musim keempat yang bakal menampilkan 11 bakat generasi Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama lapan minggu. Big Stage 2022 disiarkan secara langsung mulai 6 Februari ini, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Peserta
Lima bintang wanita yang bakal berentap untuk musim ini ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla. Manakala enam bintang lelaki pula adalah terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).

Juri Tetap
Setelah semusim berehat daripada tugas penjurian, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyertai barisan panel juri bersama komposer terkenal, Ajai sebagai juri tetap buat kali kedua untuk musim ini.

Pengacara
Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas utama selaku pengacara. Bagi Gempak TV, Isha Norsham dilantik sebagai hos untuk program kapsul Studio Big Stage. 

Manakala personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Format Pertandingan
Big Stage 2022 masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan.

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar lebih telus, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Hadiah
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Biodata
YAZMIN AZIZ
TARIKH LAHIR : 10 OKTOBER 2001
UMUR : 21 TAHUN
ASAL : KUALA LUMPUR

TUAH ADZMI
TARIKH LAHIR: 7 SEPTEMBER 1998
UMUR: 24 TAHUN
ASAL: AMPANG, SELANGOR

TEGAR SEPTIAN
TARIKH LAHIR : 18 SEPTEMBER 2001
UMUR : 21 TAHUN
ASAL : JAWA BARAT, INDONESIA

SYAFIQ ABDILAH
TARIKH LAHIR : 4 NOVEMBER 1999
UMUR : 23 TAHUN
ASAL : BRUNEI

SOFIAA MARIEYLLA
TARIKH LAHIR : 1 OGOS 2000
UMUR : 22 TAHUN
ASAL : KUALA LUMPUR

MEGAT RAHIM
TARIKH LAHIR : 28 APRIL 2002
UMUR : 20 TAHUN
ASAL : SUNGAI BULOH

LIA AZIZ
TARIKH LAHIR : 27 JANUARI 2003
UMUR : 19 TAHUN
ASAL : KUALA LUMPUR

ELICA PAUJIN
TARIKH LAHIR : 20 NOVEMBER 1999
UMUR : 23 TAHUN
ASAL : TAMBUNAN, SABAH

DANIAL CHUER
TARIKH LAHIR : 3 APRIL 2001
UMUR : 21 TAHUN
ASAL : TAWAU

AJOI ZAINAL
TARIKH LAHIR : 12 MAC 1998
UMUR : 23 TAHUN
ASAL : SUNGAI UDANG, KLANG

AISHA RETNO
TARIKH LAHIR : 1 OGOS 2000
UMUR : 22 TAHUN
ASAL : KUALA LUMPUR