eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Villa Kristal Lakonan Mimi Lana,Tiz Zaqyah

Lakonan Mimi Lana,Tiz Zaqyah
Tonton siri drama WeTV Original pertama di Malaysia, Villa Kristal dibintangi oleh Mimi Lana, Jasmine Suraya, Mawar Rashid dan Tiz Zaqyah. Sebuah siri drama komedi yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong. Akan disiarkan secara percuma dan ekslusif di WeTV tidak lama lagi.

WeTV adalah perkhidmatan penstriman yang menyediakan kandungan tempatan video-on-demand (VOD) dan over-the-top (OTT) utama di Asia Tenggara. WeTV dapat dilayari melalui pelantar wetv.vip, atau menerusi aplikasi yang tersedia di Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.

JUDUL : Villa Kristal
Tonton FUll Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: WeTV
Penulis Skrip: Nor Hazlin Nor Salam
Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong
Produksi: Revolution Media Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angle
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Sherry Ibrahim sebagai Ustazah Nur Sakinah
Maria Farida sebagai Shahila
Lee Yvonnez sebagai Jessica

Sinopsis Villa Kristal
Memaparkan kisah kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”

Kondominium eksklusif “Villa Kristal” didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka. 

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani (Mimi Lana), seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose (Mawar Rashid), merupakan seorang penghuni di sana.

Hani menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah). 

Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

PROMO VILLA KRISTAL


PARA PELAKON VILLA KRISTAL

PARA PELAKON VILLA KRISTAL2

PARA PELAKON VILLA KRISTAL4
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10 Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19 Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28 Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40