eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Giliran SA.YA Saiful Apek Dan Yassin Tersingkir GV8,Gagal Ke Separuh AKhir

 

Minggu suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan pasangan duo SA.YA yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin telah tersingkir setelah memperoleh markah terendah.

Mempersembahkan lagu Blues Terengganu Kite, SA.YA hanya memperoleh markah sebanyak 58.20 peratus, sekali gagal ke peringkat separuh akhir.

Seorang lagi peserta iaitu Shidee pula berada di kedudukan kedua terbawah terselamat dengan mendapat markah 58.60 setelah mempersembahkan lagu Diambang Sore.

Dalam pada itu, penyanyi Suki Low kembali muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak sebanyak 78.90 peratus menerusi lagu You Are My Everything, manakala Aliff Aziz yang menyanyikan lagu Rapuh terus kekal selaku naib juara dengan markah sebanyak 76.80 peratus.

Apa yang menariknya, Aweera membuat kejutan apabila buat kali pertama berada di Top 3 apabila muncul di tempat ke-3 setelah menyanyikan lagu berjudul Dia.

Saingan GV8 menampilkan 100 peratus markah juri, di mana Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bertindak selaku juri tetap, manakala Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Mokhzani Ismail pula menjadi juri jemputan. 


*Ada Lagu Ada Lagi (Lagu Untukmu – Minggu Ke-9)

1. Khayalan & Tanpa Kekasihku – Suki Low (78.90 peratus)

2. Lay Me Down & Sesuatu Janji – Aliff Aziz (76.80 peratus)

3. Kerja Gila & Fantasia Bulan Madu – Aweera (73.00 peratus)

4. Puncak Kasih & Ikut Rentakku – Nikki Palikat (72.00 peratus)

5. Night FeveaSer & Sumpah – Adibah Noor (68.70 peratus)

6. Permaidani & Enigma – Azan Scan (66.20 peratus)

7. Let’s Get Loud & Sumpah – Ani Mayuni (64.30 peratus)

8. Sedetik Lebih & Kerna Dia – Shidee (58.60 peratus)

9. SA.YA – TERSINGKIR (58.20 peratus)