eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

The Masked Singer Malaysia 2022 Musim Ke 2 Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan

 

Dan Senarai Keputusan

Kali ini, seramai 14 orang selebriti popular tanah air datang dari pelbagai lapangan seni, menyembunyikan identiti diri menerusi kostum unik dan menarik yang direka khas.
  
Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada kalangan penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan banyak lagi.
  
Hanya vokal yang menjadi pertaruhan, sementara identiti mereka kekal misteri sehinggalah perjuangan mempersembahkan bakat nyanyian dihentikan di segmen penyingkiran atau di malam konsert final kelak.
  
Tidak sekadar itu, edisi kedua ini meletakkan sembilan orang figura berpengaruh dalam industri bagi mengisi kerusi juri tetap.
  
Mereka yang mengambil peranan ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Zizan Razak, Amy Mastura, Raja Azura, Michael Ang, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak. Manakala tugasan pengacaraan digalas hos tidak asing, Datuk AC Mizal.
  
Program Tha Masked Singer Malaysia bersiaran di saluran Astro Warna (CH 107) mulai 28 Januari 2022, juga dimuatkan di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.
  
Mengisi slot tayangan pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam.
  
Imbas kembali, musim pertama menobatkan penyanyi hebat, Aina Abdul sebagai juara, dalam kostum Bunga Raya.
  
Rancangan ini juga melakar sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai pemenang bagi kategori Best TV Format Adaptation (non-scripted) di anugerah Content Asia Awards 2021.

Identiti Sebenar Peserta Dan Keputusan The Masked Singer Malaysia 2022 (Musim 2)
(Keputusan Mingguan akad diupdate mengikut hari tayangan)
  
ORKID


Mat Penyu














Markah Episod / Minggu 1

1. Bujang Senang (Yank - Wali Band) - 91%
2. Si Merak (Let’s Get Loud - J.Lo) - 87.67%
3. Aiskrim Roti (Isabella - Search) - 85.67%
4. Periuk Kera (Jangan Marah Baby Sayang - Unknown Band) - 85.22%
5. Mat Penyu (Gemuruh - Faizal Tahir) - 84.44%
6. Rambutan (Kurik Kundi - Datuk Siti) - 84.44%
7. Seladang (Kembali Merindu -Slam) - 82.22%
8. Burung Hantu (Rindu & Secangkir Madu Merah - Amelina, Sheeda) - 81.22%
9. Orkid (Kuca-Kuca - Lia Aziz) - 75.22%
10. Ratu Semut (Dikir Puteri - Noraniza Idris) - 72.67%
11. Teh Tarik Kaw (Kenangan Bersamamu - Lefthanded) - 63.78%
12. Pepatung (Teman Tapi Mesra - Ratu) - 62.22%
13. Nanas (Itik Gembo Gembo - A to Z) - 60.78%
14. Harum Manis (Oh La La - KRU) - 59.67%