eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60,000,Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

 

Menang Kes Saman Fitnah,Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60,000

Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah menang dalam kes saman fitnah yang telah dibuat oleh Ali Puteh yang juga adik iparnya.

Menerusi laporan mStar, peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah berkata, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos. Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya.

Dalam keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan telah diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah.

Kredit artikel: mStar