eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Iqbal Zulkefli Akhirnya Tersingkir Saingan Big Stage 2022 Minggu ke Dua

 

Big Stage 2022 Minggu ke Dua

Penyertaan usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli dalam saingan Big Stage 2022 hanya bertahan selama dua minggu sahaja apabila tersingkir setelah mendapat markah terendah.

Mempersembahkan lagu Ketahuan yang dipopularkan Matta Band, Iqbal ternyata gagal mempersembahkan lagu berkenaan dengan baik.

Salah seorang juri tetap iaitu Ajai berkata, usahawan berkenaan sememangnya tidak berbakat dalam nyanyian diharap tidak terus menjatuhkan maruahnya di depan khalayak.

Selain itu, Dato Seri Vida selaku Presiden Netizen juga tanpa berselindung menyatakan Iqbal sememangnya tidak layak berada di pentas Big Stage.

Sebelum ini, penyertaan usahawan itu dalam Big Stage 2022 mendapat kritikan netizen sehingga dikatakan peserta yang tidak berkualiti serta telah merosakkan imej program berkenaan yang memasuki musim ke-4.

Dengan penyingkiran Iqbal, hanya tinggal 11 peserta sahaja lagi yang akan meneruskan saingan untuk minggu ketiga