Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan-kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri premium, telemovie serta filem pendek, dan lebih unik menjadi satu-satunya jenama filem tempatan yang masih menerima reaksi positif serta relevan hingga ke hari ini meskipun telah diperkenalkan sejak lebih sedekad lalu. Bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.
PARA PELAKON KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI