eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan 16 April Ini

 

Pernah menjadi satu fenomena luarbiasa drama berjudul 7 Hari Mencintaiku nampaknya kembali dengan musim ketiga. Sebuah karya Siti Rosmizah yang memaparkan kisah kekeluargaan dan kesetiaan, drama ini memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Dengabarisan pelakon hebat dan berpengalaman. Antaranya adalah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Bil Azali, Liza Abdullah dan ramai lagi. Bukan sahaja kerana jalan ceritanya, setiap karakter dalam drama ini juga memiliki kekuatannya tersendiri.

Nampaknya 7 Hari Mencintaiku 3 akan mula ditayangkan bermula 16 April di TV3. Drama ini akan disiarkan pada Isnin hingga Ahad jam 6.58 petang. Baru-baru ini salah seorang pelakon drama ini berkongsikan mengenai tarikh siaran tersebut menerusi laman Instagram milik Shukri Yahaya. Berikut adalah perkongsiannya itu:


Perkongsian Shukri Yahaya mengenai 7 Hari Mencintaiku 3 akan mula ditayangkan ini telah meraih lebih 55 ribu likes dan ratusan komen. Rata-rata warganet meninggalkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan apa pula kisah yang berlaku dalam keluarga Pak Samad kali ini.