eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Babak Mak Leha Selamba 'Sound' Fatin ,“Macam Mana Mak Leha Tahan Gelak”

 


Nampaknya drama 7 Hari Mencintaiku 3 kali ini memang banyak plot twist dipaparkan. Konflik rumahtangga menjadi isu utama dalam musim kali ini. Fokus bukan sekadar pada hubungan Khuzairi dan Mia Adriana sahaja, namun turut dipaparkan isu dalam rumahtangga adik-beradik Khuzairi iaitu Nad dan Zaidi, Helmi dan Sofi.

Sama seperti sebelum ini pastinya karakter antagonis memberikan ‘rencah’ dalam sesebuah drama. Begitu juga yang dipaparkan dalam 7 Hari Mencintaiku 3 ini. Kali ini ada beberapa orang juga yang melakonkan watak antagonis. Antara yang paling menonjol adalah karakter Fatin dan Mak Su.


Kedua-duanya memiliki misi yang sama iaitu mahu porak perandakan keluarga Pak Samad. Dalam episod sebelum ini dipaparkan Mak Leha yang seakan sudah ‘terjatuh’ hati dengan personaliti Fatin yang mesra dan kelakar.

Namun begitu dalam satu babak terbaharu, rupa-rupanya Mak Leha hanya mahu menguji dan mengenali siapakah Fatin sebenarnya. Nampaknya Mak Leha ‘sound’ Fatin terus jika wanita itu ada niat tak baik pada keluarganya.

@l00lipopp_ Tuuu kan dah kene smash dengan Makleha , Tapi Fatin ni lawak kan ? 😹 #fyp #fypage #foryoupage #sesekalifyp #7harimencintaiku3 #7hmk3 #dramatiktok ♬ original sound - 𝒴𝑜𝓊𝓇𝓈𝑒𝓁𝒻 - myboo

Perkongsian babak Mak Leha ‘sound’ Fatin ini telah meraih lebih 1.7 Juta tontonan dan 161 ribu likes

sumber: