Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Isnin lalu, nampaknya memberi sinar dan harapan baru buat hampir semua rakyat Malaysia.
Tidak dinafikan, ramai terjejas susulan pandemik Covid-19 yang melanda, justeri itu amat besar harapan mereka agar ia diluluskan demi meneruskan kelangsungan hidup di luar sana.
Syukur duit KWSP dapat beli kereta
Berkongsi 'moment' bahagianya, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Eyka meluahkan rasa syukur apabila dapat membeli sebuah kereta kancil hasil daripada pengeluaran KWSP itu.
@atikah_la_la_la rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊
♬ Tetap Disini - Maulana Ardiansyah
"Dah Anak dua baru rasa kereta"
Walaupun hanya kancil, tetapi ia mampu membuatkan dia sekeluarga tersenyum lega selain bersyukur kerana selepas ini tidak perlu lagi berpanas hujan untuk ke mana-mana.
"Ramai rupanya yang memerlukan"
Menyambut baik peluang itu, warganet ikut terharu dengan perkongsian Eyka dan dalam waktu sama akui sebak mengenangkan nasib sebahagian rakyat di luar sana berdepan kesukaran sebelum bantuan diluluskan.
Sumber:Atikah