eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong,Alvin Chong

 

Lakonan Emma Maembong,Alvin Chong

Tonton drama adaptasi novel 'Aku Pilih Bahagia' Full Episod karya Umie Nadzimah disiarkan sepanjang bulan ramadan di TV1 bermula 3 April jam 3 petang. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Bade Hj Azmi, menampilkan gandingan Emma Maembong dan Alvin Chong.

JUDUL : Aku Pilih Bahagia #Akupilihbahagia
Tonton Full Episod: 1-30
Tarikh Tayangan: 3 April 2022
Waktu Siaran: Setiap hari, 3:00 petang
Rangkaian: TV1 slot Widuri
Skrip: Baizura Kahar
Pengarah: Bade Hj Azmi
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera , Yaya Maembong, Meor Mohd, Raja Azmi

Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Dhiya
Fizz Fairuz sebagai Aidan
Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
Bella Dally sebagai Humaira xx Maira
Nadya Syahera sebagai Arneesa
Yaya Maembong sebagai Inas
Meor Mohd sebagai Farhan

Sinopsis Aku Pilih Bahagia
Kisah 3 orang wanita iaitu Dhiya, Inas dan Arneesa yang mengalami masalah rumah tangga. Mereka bangun memulakan hidup baru demi kebahagiaan sendiri.

Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

PROMO DRAMA AKU PILIH BAHAGIA

PARA PELAKON AKU PILIH BAHAGIA
Lakonan Emma Maembong,Alvin Chong12

PARA PELAKON AKU PILIH BAHAGIA2

PARA PELAKON AKU PILIH BAHAGIA4
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40