eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Fattah Amin Betul2 Kena Hempuk Dengan Nelydia Senrose-'Sampai Terbang'


 
khilaf2

Sejak akhir-akhir ini, beberapa drama telah menjadi perbualan oleh penonton di media sosial. Ini kerana selain jalan cerita yang dipertonjolkan, watak-watak yang dibawa pelakon-pelakon hebat mencetuskan ramai begitu layan drama-drama terbaru kini.

Drama berjudul Khilaf Asmara merupakan antara yang begitu hangat diperkatakan apabila hasil gandingan Nelydia Senrose sebagai Irma, Fasha Sandha pula memegang watak Hanim dan Fattah Amin sebagai Luqman.

Manakala satu babak dimana Luqman dan Hanim kantoi dengan Irma menyebabkan lakonan mereka menerima pujian penonton kerana terkesan dan menjadi.

@dramasangat Hebat betul sandiwara Hanim! #KhilafAsmara #DramaSangat #tv3malaysia #Samarinda ♬ original sound - dramasangat

Walau bagaimanapun, turut mencuit hati penonton juga apabila Nelydia Senrose di Instagram peribadinya turut memuat naik rakaman disebalik tabir Fattah Amin kena hempuk.

Ternyata babak Nelydia Senrose mengamuk itu memaparkan Fattah Amin kena hempuk betul-betul menyebabkan ramai terhibur selain seronok melihatkan lakonan menjadi mereka.


Sumber:nelydiasenrose