eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Filem kedua Syzhmi Sazli 35mm Dipuji,Ada Aksi Gempak 'Tak Sabar Nak Tengok'

 

Filem kedua Syzhmi Sazli 35mm Dipuji,Ada Aksi Gempak 'Tak Sabar Nak Tengok'2

Selepas kejayaan filem pertama Youtuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli dalam karyanya berjudul Mael Totey, ramai ternanti-nantikan filem keduanya pula ditayangkan.

Nampaknya ramai peminat Syahmi Sazli dapat menarik nafas lega kerana difahamkan filem kedua Syahmi Sazli berjudul 35MM bakal ditayangkan tidak lama lagi.


Syahmi Sazli sebelum ini acap kali berkongsikan perkembangan filem kedua miliknya itu di Instagram manakala terbaharu, Syahmi Sazli membuatkan ramai sudah tidak sabar untuk menonton filem berjudul 35MM.

Apatah lagi apabila Syahmi Sazli berkongsikan video teaser pertama filem tersebut yang turut dibintangi oleh pelakon-pelakon kegemaran ramai, Yoe Parey dan Asif.

Tidak hanya itu yang mencuri tumpuan dalam video teaser pertama dikongsikan Syahmi Sazli ini. Ini kerana plot twist dan grafik dalam filem terbarunya ini juga dikagumi.


filem terbarunya berjudul 35mm yang bakal ditayangkan pada Mei hadapan.