eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gerai Chef Ammar Dah Tak Ramai Beratur Semeriah Dulu,Pengunjung Pelik-'Mimpi Ka ni'

 

gerai2

Jika sebelum ini, kedai Nasi Arab Chef Ammar yang terletak di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam sering viral kerana pelbagai masalah yang tidak henti-henti disebabkan orang ramai berpusu-pusu mendapatkan juadah tersebut.

Walaupun pernah dikritik mahal kerana harga yang agak ‘Tel Aviv’, namun ia bukan penghalang untuk orang ramai merasai sendiri keenakan juadah yang dimasak oleh tukang masak asal Palestin itu.

Sungguh Jarang Berlaku

Namun begitu, menuju 10 malam terakhir menjelang lebaran, kedai Nasi Arab tersebut seakan mulai ‘tenang’ apabila tidak kelihatan lagi barisan panjang melepasi kawasan bazar demi mendapatkan juadan tersebut.

Menerusi perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai @marinahwahid, dia telah menunjukan rakaman video keadaan semasa di kedai terbabit yang tidak ada lagi barisan panjang.

@marinahwahid Aik mimpi ka nie? #fy #chefammar ♬ SUARAMU SYAIRKU JUNGLE DUTCH 2022 - AWP • TakaRajaY

Sesuatu yang pelik ni

Orang ramai juga dapat membeli dengan mudah tanpa bergasak-gasak. Sudah tentu situasi itu sesuatu yang pelik dan netizen beranggapan ia sebagai suatu mimpi setelah lebih 20 hari berpuasa.

Mana tidaknya, di awal Ramadan tempoh hari, ada sahaja pergaduhan mulut dari pengunjung kerana tidak mendapat juadah yang dihajati untuk berbuka puasa kerana orang ramai sudah mulai beratur seawal tengahari  lagi.


Orang dah balik kampung la

Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan orang ramai mulai sibuk dengan urusan berhari raya pula.

Mana tidaknya, ketika ini butik-butik pakaian serta tempat tumpuan untuk mencari barang keperluan raya mulai penuh dan sesak memandangkan hari raya tinggal beberapa hari lagi.

Namun, ada juga yang menjelaskan kedai Nasi Arab sudah tidak beratur panjang lagi mungkin kerana juadah sudah habis memadangkan Chef Ammar telah menggunakan sistem kupon untuk tidak membiarkan pengunjung beratur terlalu lama.