eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gerai Mee Tonggek Kini Dibuka Semula,Selepas Kes Ulat Selesai

 

tular gerai2

Pada minggu lalu, tular di media sosial sebuah gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 yang  memperlihatkan ulat dalam makanan diarah tutup berikutan keadaan premis tidak bersih berkuatkuasa semalam sehingga 29 April ini.

Perkara ini dilaporkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah setelah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) menjalankan siasatan dan arahan penutupan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Kini Beroperasi Semula

Terbaharu, gerai tersebut dibenarikan beroperasi semula setelah dibenarkan menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook MyMakanTV pada hari ini.


Terkesan Selepas Kes Ulat Tular

Walaupun sudah dibenarkan beroperasi kembali, pemilik  gerai Mee Tonggek sotong XXL di Putrajaya tersebut mengakui terkesan selepas penularan video baru-baru ini yang mendakwa makanan yang dijual tidak bersih dan berulat.


Pelanggan takut untuk membeli mi sotong

Jelasnya, orang ramai kini takut untuk mendekati jualan mereka disebabkan oleh penularan video tersebut.


Kalau ada masalah boleh bincang elok-elok

Pada masa yang sama, dia meluahkan kesalan dan berharap agar pelanggan yang mempunyai sebarang masalah dengan makanan yang dijual di gerai tersebut berjumpa untuk berbincang.

Ia adalah lebih baik.

“Kalau betul pun datanglah jumpa saya. Dia seorang sahaja (yang ada masalah) pula itu,” ujarnya dengan nada kesal.

Kami sudah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Selain itu, pemilik gerai tersebut turut menjelaskan bahawa gerai mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya lagi, KKM telah meneragkan prosedur masakan kepada mereka yang menjalankan perniagaan masakan panas di tapak gerai.

“Kami sudah terangkan cara kami memasak semua bahan-bahan. Juadah yang kami jual semuanya dimasak di tapak gerai.

“Manakala, penyediaan bahan-bahan untuk dibawa ke tapak jualan disediakan di kedai kami,” ujarnya.

sumber:Mymakantv