eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jebat Jayden ‘Stress’, Mengadu Tangan Jadi ‘Rosak’ Bikin Netizen Terhibur

 

jebatjayden1

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mendapat perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengusik ini.



Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan 

Berdasarkan video yang tular, Jebat Jayden dilihat ingin memberitahu tentang keadaan jari-jemarinya mengecut dipercayai lama berendam atau terkena air. Lebih melucukan apabila si kecil tersebut seterusnya menangls selain mengatakan jarinya itu telah pun rosak sambil ditunjukkan pada ibunya.

@noorkartini66 Kesian jayden ingat tangan dia rosak#fyp #fypシ ♬ original sound - Noor Kartini

Di ruangan komen video yang telah mendapat like 368 ribu serta 6 ribu komen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat Jebat yang manja dan comel.