eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Kau Bahagia Pun,Laki Kau Cari Aku Jugak”,Watak Fasha Sandha Buat Netizen Naik Darah

 

fasha12

Pelakon Fasha Sandha sedia berdepan keccaman kerana membawakan watak wanita perampas dalam drama bersiri lakonannya, Khilaf Asmara.

Katanya, dia sudah dapat menjangkakan karakter bernama Hanimsya yang berstatus isteri itu akan memberi impak kepada penonton sebaik membaca keseluruhan skrip naskah berkenaan.

“Sejujurnya ketika saya membaca skrip drama ini, saya tahu akan di kecam, tetapi tak kisah sebab mahu me­ninggaIkan kesan terbaik kepada penonton. Memang awalnya saya risau memandangkan saya isteri orang, Fattah Amin pun suami orang. Semua pelakon sudah berpasangan dan kita pula bawa watak sebegini. Cerita pun berkait asmara,” katanya pada sidang akhbar virtual Khilaf Asmara kelmarin.

Fasha memberi­tahu, karakter Ha­nimsya agak ‘darlng’ selain digambarkan kerap mengeluarkan kata-kata kasar.

@randoymdramas Happy Luqman hanim ????!! Mission accomplished la kiranya sebab tak kantoi lagi takpe walaupun geram karma is waiting for u guys 👏😈#fypdongggggggg #fypシ゚viral #LiveForTheChallenge #fashasandha #fattahamin #nelydiasenrose #fahrinahmad #dramamelayu #fypage #radiusone #tv3 ♬ Promise (From "Promise") - Melly Goeslaw

“Jadi saya banyak bincang dengan rakan gandingan dan pengarah bagi menghidupkan watak,” ujarnya. Pada masa sama, aktres berusia 38 tahun itu melihat plot kisah berkenaan dari sudut positif apabila dapat dijadikan pengajaran supaya setiap insan tidak tersasar.

“Daripada fikirkan keccaman orang, lebih baik tengok kesan baik di sebalik cerita ini yang mampu memberi pengajaran kepada penonton. Mereka dapat belajar sesuatu yang positif,” katanya lagi.

Selain Fasha dan Fattah yang membawakan watak Luqman, drama bersiri 15 episod arahan Uchee Fukada tersebut turut membariskan Nelydia Senrose (Irma) serta Fahrin Ahmad (Aizat).

Drama Khilaf Asmara mula menemui penonton bermula 18 April setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

@randoymdramas Dasar tak guna Luqman ni , Hanim pun rasa nak hempuk sorang2 #fypシ #fypdongggggggg #trending #khilafasmara #nelydiasenrose #fattahamin #fashasandha #dramamelayu #fypシ゚viral #fahrinahmad #tv3 #fypage #radiusone ♬ Drama music suitable for battle scenes etc. - harryfaoki

sumber:randymdramas