eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kes Bella,Ini Dia 18 Jenis Penderaan Terhadap Adik Bella

Bella2


Kes penderaan Bella di mana seluruh rakyat kini dengan #justiceforbella dan berharap keadilan berpihak pada anak syurga tersebut.

Bella didera dengan teruk oleh pengasas Rumah Bonda,Siti Bainun Mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang rata-rata mendoakan agar keadilan terhadap nasib Bella dapat diberikan


18 jenis penderaan Bella mengikut keterangan saksi

Menurut satu perkongsian video , disenaraikan 18 jenis penderaan dan seksaan yang dihadapi adik Bella hingga mengundang sebak dan air mata orang ramai tatkala mengenangkan penderitaan yang dahsyat dialami kanak-kanak tersebut.

@lendabest128 Reply to @subrismile harap jelas utk dibaca... semoga adeq bella mendapat pembelaan yg sewajarnya #fypã‚· #fyp #justiceforbella ♬ suara asli - yan



1. Dipukul dengan hanger sehingga patah.

2. Dikurung dalam bilik dan tak dibenarkan keluar bermain.

3. Dikutung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.

4. Dipaksa berdiri menghadap dinding dari jam 8 pagi hingga semua penghuni masuk tidur.

5. Disimbah air panas dengan kerap termasuk tempat luka bernanah.

6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.

7. Ditelanjangkan.

8. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan sebab takut diseksa. Bila muntah, kena gaul dengan najis, makan semula.

9. Ditekap dengan kuali panas pada peha Bella.

10. Dipaksa bersihkan tandas. Ditekap dengan kepala water heater suhu maksima di dada, disiram pemanas air kalau tandas tak bersih.

11. Tangan diikat, direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.

12. Diberi makan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.

13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.

14. Diikat, ditendang diperut. Disiram air panas dan tenyeh cili kering kat mata dan luka.

15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah.

16. Dipijak di lutut.

17. Dipukul dan ditolak kepala.

18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan Bainun.