Baru-baru ini, Kecoh tentang penguatkuasaan pelitup muka yang perlu mendapatkan cop SIRIM atau tindakan boleh dikenakan. Namun selepas menerima maklum balas negatif dari ramai, arahan itu akhirnya ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan.
Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang turut mempunyai koleksi mask atau pelitup mukanya yang tersendiri menyokong arahan yang dikeluarkan itu. Malah dia juga turut memastikan jenama pelitup muka miliknya ini mempunyai cop SIRIM dan berkualiti tinggi.
Namun insiden yang berlaku baru-baru ini berjaya menarik perhatian netizen apabila kualiti pelitup muka di bawah jenama Jovian ini dipertikaikan. Semuanya gara-gara tali mask tersebut yang terputus semasa dia melakukan siaran langsung bersama dutanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bukan hanya sekali malah tali pada mask keluarannya ini dilihat terputus sebanyak dua kali semasa siaran langsung itu berjalan. Turut dapat dilihat, ianya berlaku apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza cuba memakainya dan semasa pereka fesyen itu cuba menarik tali pada mask itu.
Dalam masa yang sama, kedua-dua mereka juga turut kelihatan terkejut dan panik dengan apa yang berlaku. Insiden yang berlaku ini juga turut membuatkan netizen mempertikaikan kualiti pelitup muka itu yang tidak padan dengan harganya.