eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Ini Beratur Pukul 9 Pagi,Nak Jadi Pembeli Pertama Chef Ammar

 

berautr

Kalau ditanya apa agaknya makanan yang viral semasa bulan Ramadan kali ini, pasti ramai yang akan menyebut tentang nasi arab dari Chef Ammar ini. Penangan masakan ini juga bukan calang-calang apabila ramai yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk mencuba sendiri masakan tersebut.

Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang menunjukkan tutorial menjadi pelanggan pertama di gerai Chef Ammar di bazar Ramadan ini. Malah rata-rata netizen turut sama terkejut apabila mendapat tahu dia beratur seawal jam 9 pagi untuk membelinya.
@tokzacx Tutorial First Customer Nasi Arab @chef@🇲🇾 chefammarali 🇵🇸.... #nasiarabchefammar #nasiarab #fyp #xyzbca ♬ original sound - zacxzicxzoucx


Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia berjaya menjadi pelanggan pertama untuk gerai nasi arab jualan Chef Ammar itu. Macam yang semua tahu, para pelanggan selalunya dinasihatkan datang lebih awal untuk membeli nasi arab tersebut.

pertama1
Lelaki ini yang berjaya menjadi pelanggan pertama dilihat hadir di tapak bazar Ramadan yang masih kelihatan kosong itu. Dia turut menunjukkan jam yang baru menunjukkan pukul 9 pagi ketika itu di mana dia berjaya menjadi yang pertama tiba.


Tidak lama kemudian, turut kelihatan para pelanggan yang mula berbaris panjang dan Chef Ammar juga tiba di tapak bazar itu untuk memulakan jualan. Melihatkan kegigihannya ini, ramai pula netizen tidak menyangka ada yang akan mula beratur seawal itu.

sumber:tokzacx