eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Ini Kongsi Sebab Cermin Tingkap KTM Selalu Retak ,Rupanya Ada Yang Gatal Tangan

 

Pengangkutan awam merupakan sesuatu yang amat penting pada masa kini,untuk kita melakukan perjalan dekat mahupun jauh kerana ianya lebih cepat tanpa perlu melalui kesesakan lalu lintas,Bagi pengguna setia komuter KTM, mesti anda perasan selalunya pasti akan ada cermin yang kelihatan retak setiap kali menaiki komuter kan?

Pasti ramai yang pelik kenapa cermin tersebut retak atau tertanya tak pernah ditukar lain ke cermin tersebut,Seorang lelaki yang merupakan konduktor kepada KTM telah menjawab soalan yang ditanyakan oleh orang ramai ini.


Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu menjawab soalan yang sering kali membuatkan ramai tertanya-tanya semasa menaiki komuter KTM. Menurutnya, cermin retak yang selalu dilihat di tren itu adalah berpunca dari tindakan segelintir individu yang gatal tangan membaling batu ke arah komuter.

Tambahnya lagi, kejadian seperti itu berlaku hampir setiap hari di mana rata-rata yang melakukannya adalah golongan kanak-kanak ,beliau juga turut menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa memantau anak-anak mereka dan sayangkan harta kita yang terpaksa ditukar tiap hari diatas perbuatan tak bertanggungjawap tersebut.