eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lepas ‘gaduh’ Akhirnya Nadia & Mamat Berjumpa-“Memang level tinggi dah”



Menerusi aplikasi TikTok, tidak hanya video-video yang dikongsikan oleh selebriti sahaja yang dinanti-nantikan oleh peminat malah beberapa personaliti TikTok yang disukai oleh pengguna dengan video-video kreatif mereka.

Antaranya merupakan personaliti media sosial yang dikenali sebagai MamatGotNoChill atau nama sebenarnya Firdaus Nahar. Dirinya terkenal kerana memperbetulkan video-video pengguna lain.

Video-video pelakon jelita, Nadia Brian di TikTok antara yang acap kali ditegur oleh Mamat sehingga mereka dikatakan akan berbuka puasa bersama-sama.

@haqimitairi Hebatttt mamat 😂😂 #fyp #mamatgotnochill #nadiabrian #viral #trending #PerfectMatchChallenge #CaptureRamadanSpark ♬ original sound - Haqimi Tairi 💡

Ternyata akhirnya peminat Mamat dan Nadia Brian dapat melihat pertemuan mereka dan dalam satu rakaman video yang telah dikongsikan ini pula mencetuskan kedua-duanya mencuri tumpuan umum dengan hangat diperkatakan ramai.

Dalam rakaman dikongsikan tidak hanya ribuan mata menonton mereka dalam sesi live malah perkongsian semula video yang memaparkan gelagat Mamat bersama pelakon jelita tersebut juga meraih ribuan tanda suka.

Hantaran video yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama, Haqimitairi tersebut mencetuskan ramai terhibur dengan gelagat Mamat yang sering mencuit hati.