Kita biasa melihat orang buat karipap mengunakan bekas acuan khas bagi memboleh bahagian tepi dapat diapit dengan kemas,tetapi lain pula perkongsian dari video ini
Seorang nenek dilihat sedang membuat karipap tapi apa yang mengejutkan dia menggunakan gigi palsu miliknya
@user8642113579 ♬ Ramadan Mubarak - WavebeatsMusic
Bagi yang melihat aksi nenek tersebut pasti menimbulkan rasa loya tekak mana tidaknya gigi palsu yang diguna untuk makan dijadikan acuan untuk membuat karipap tetapi tidak dapat dipastikan sama ada karipap tersebut diberikan kepada orang untuk memakannya
Walaupun ianya kelihatan meloyakan, ramai yang turut terhibur melihat idea kreatif yang digunakan ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tergelak melihat tutorial membuat karipap ini. Ada juga yang berseloroh berharap tidak akan menjumpai karipap seperti itu dijual di bazar selepas ini.
Sumber:tiktok