eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pemilik ‘Ghaib’ Tinggalkan Motor,Ingatkan Ada Sebab Mistik Rupanya Ini Kisahnya

 


Boleh dikatakan di mana-mana sahaja, pasti dapat dilihat rider yang bekerja sebagai penghantar makanan sekarang ini. Malah sejak beberapa tahun ini juga semakin ramai yang menjadi rider penghantar makanan terutamanya sejak pandemik melanda dunia.

Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial tentang sebuah motorsikal milik seorang rider yang dikatakan telah lama ditinggalkan. Keadaan motor tersebut yang kini dipenuhi dengan habuk membuatkan netizen tertanya-tanya tentang keberadaan pemiliknya itu.




Di dalam perkongsian ini, pemilik akaun Twitter ini berkongsikan gambar sebuah motor yang seperti sudah lama ditinggalkan. Turut kelihatan, keadaan motor yang penuh dengan habuk dan dipercayai milik rider Foodpanda berdasarkan beg penghantaran yang turut ditinggalkan di situ.

Lokasi keberadaan motor itu juga turut mencuri tumpuan netizen apabila ramai yang mendakwa lokasi itu agak ‘keras’ dan mempunyai banyak kisah mistik. Motor yang ditinggalkan di kawasan Lalaport itu juga dikatakan milik seorang rider yang ghaib dan menimbulkan pelbagai spekulasi.



Namun sebenarnya, ia tidaklah seperti yang disangka ramai di mana ada netizen yang menceritakan kisah sebenar yang berlaku pada pemiliknya. Menurut individu tersebut, pemilik motor itu ditahan polis gara-gara di bawah pengaruh dadah jenis syabu.


Individu itu juga sempat meninggalkan pesanan meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri. Menurutnya lagi, tiada kejadian mistik yang berlaku pada pemilik motor itu seperti yang didakwa ramai.