eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Saya akan lakukan dengan kuasa..” Isteri TMJ Mahu Bantu Bella Tuntut KeadiIan

 

Perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun menjadi semakin ‘panas’ apabila salah seorang barisan peguambela memuat naik sekeping foto bersama anak guamnya itu di laman Twitter.

Foto tersebut membuatkan warganet kurang senang apatah lagi melihat mereka seolah-olah gembira ketika sebelah pihak lagi, remaja sindrom down Bella menderita akibat dakwaan didera.

Terbaru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut tampil bersuara berhubung kes berkenaan menerusi InstaStory miliknya, semalam.


Menurut Che’ Puan Khaleeda, melalui kuasa yang dimiliki, beliau berhasrat untuk membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan bagi pihak remaja berusia 13 tahun itu.

Malah, beliau mengakui turut terkesan dengan kisah penderitaan Bella apatah lagi terdapat segelintir pihak yang disifatkan ‘pengecut’ dan mahu ‘melarikan diri’ atas kesalahan dilakukan.


“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya,” tulisnya.

Selain itu, Che’ Puan Khaleeda juga memberi pesanan kepada pihak terbabit mengenai karma yang akan menyusul dalam kehidupan mereka sama ada di dunia atau akhirat nanti.


“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” ujarnya.

Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Sumber: Instagram Che’ Puan Khaleeda