eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sepontan Wan Maimunah Cover Balik Tersasul Sebut Nama Jep Sepahtu,Video Buat Ramai Terhibur

 

Sepontan Wan Maimunah Cover Balik Tersasul Sebut Nama Jep Sepahtu,Video Buat Ramai Terhibur1

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, ramai yang sudah cukup kenal dengan perangai lucu pelawak terkenal ini yang apabila berkata-kata sahaja memang jarang membuatkan penonton kering gusi.

Apatah lagi di rancangan Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 dan nampaknya baru-baru ini, Jep Sepahtu mengundang tawa buat warganet lagi di rancangan tersebut. Kemunculan pelakon legend, Wan Maimunah dalam episod terbaru Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 telah tular menghiburkan ramai.

Hal ini kerana, Jep Sepahtu yang membawakan watak sebagai Farid manakala Wan Maimunah pula sebagai ibunya dan disaat mereka sedang berbual bersama di meja makan, terjadi pula satu kejadian lucu yang ‘menangkap’ perhatian warganet


Rakaman pendek yang dikongsikan oleh pengguna atas nama, cowaybyaiman itu memaparkan Wan Maimunah memanggil watak dilakonkan Jep Sepahtu sebagai Farid namun pelakon legend tersebut memanggilnya dengan nama sebenar.

Namun begitu, reaksi pantas Wan Maimunah cover situasi tersebut bersama Jep berjaya menghiburkan netizen dengan sikap profesional mereka.


@cowaybyaiman nk cover balik bila dh salah sebut nama 😂 #sepahtureunion #sepahtureunionalpuasa2022 #lawak #ramadhan2022 ♬ original sound - AimanCoway

sumber:cowaybyaiman