eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Shuib Menitis Air Mata Sebak Imbas Kenangan Raya Dengan Arwah Siti Sarah

shuib12

Sedang orang bergembira menyiapkan persiapan menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang dua minggu lagi, namun lain pula bagi sesetengah daripada kita kerana  kehilangan insan tersayang.

Ini termasuklah pelawak dan pelakon, Shuib Sepahtu apabila mengenangkan momen menyambut lebaran bersama isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Pertama kali sambut raya bersama

Meskipun cuba menahan air mata jantan gugur, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia tidak lokek menceritakan pengalaman dirinya menyambut 1 Syawal bersama isteri, Allahyarham Siti Sarah.

Jelasnya, walaupun ia disambut dalam keadaan serba kekurangan pada awal perkahwinan mereka, namun ia adalah memori paling berharga yang tidak dapat dilupakan.

“Momen raya yang paling diingati apabila bersama arwah ketika mengalami fasa susah suatu ketika dahulu. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tidak baik.” katanya.


Arwah tak pernah kisah sambut dalam kekurangan

Menurut lelaki berusia 38 tahun itu,  dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang setia berada di sisinya, meskipun tidak mampu memberikan kemewahan pada ketika itu.

Ujarnya, pertama kali menyambut Syawal sebagai pasangan suami isteri, dia terpaksa berkira-kira dalam berbelanja terutamanya bagi menyediakan pakaian raya, kuih raya dan duit raya untuk diberikan kepada anak-anak kecil yang datang

“Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan perlu berhati-hati ketika berbelanja, iaitu terpaksa buat kira-kira terutama untuk beli pakaian, kuih raya dan duit raya, tetapi arwah tidak kisah.


Kena Kuat Demi Anak-Anak

Walau bagaimanapun, Shuib mengatakan dia perlu memaksa dirinya untuk makan demi anak-anak.

Padanya, cukuplah ia sekadar untuk beri tenaga walaupun dia sedar sudah kehilangan lapan kilogram (kg) dan dijangka akan terus menyusut sehingga 11 kilogram pada penghujung Ramadan ini.

“Jika itu berterusan, ia tidak baik untuk kesihatan. Ini akan menyebabkan saya kurus seperti papan dan muka menjadi cengkung,” ujar bapa kepada empat cahaya mata ini.



Sumber:Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)