eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Siti Saleha Kongsi Video Perasaan Sedih Hari Terakhir Penggambaran 7 Hari Mencintaiku 3

 

Siti Saleha Kongsi Video Perasaan Sedih Hari Terakhir Penggambaran 7 Hari Mencintaiku 31

Sebelum ini drama 7 Hari Mencintaiku musim ketiga dikhabarkan bakal menemui penonton bermula bulan ini namun akhirnya peminat dapat menontonnya di kaca televisyen bermula 16 April ini.

Ternyata selepas sekian lama dinanti-nantikan oleh penonton, 7 Hari Mencintaiku 3 beberapa hari lagi nampaknya akan mewarnai hari peminat setia di kaca televisyen siaran Tv3



Walau bagaimanapun, terbaharu pelakon utama drama 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Siti Saleha ada memuat naik perkembangan drama kegemaran ramai itu

Kelihatannya juga pelakon-pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Siti Saleha, Jaja Iliyes, Wan Sharmila, Mak Leha dan Syazwan Zulkifly dalam rakaman ini yang menunjukkan perasaan berbeza.

Difahamkan penggambaran ini telah tamat, jadi Siti Saleha meluahkan perasaan syukurnya apabila drama yang mencetuskan fenomena ini bakal menemui penonton bagi musim ketiga pada 16 April ini.
@siti_saleha1 It’s a wrap! Alhamdullillah jumpa di kaca televisyen bermula 16hb April setiap hari Di @tv3malaysia #7harimencintaiku3 #miaadriana @wansharmilalala @jajailiyes ♬ follow georgehowardscub - sammypoopoo


Di ruangan komen pula  ratusan komen nampaknya dengan pantas ditinggalkan oleh warganet buat pelakon-pelakon drama 7 Hari Mencintaiku bagi musim ketiga itu.

sumber:sitisaleha