eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

TMJ Pelik “Saya pun tiada 10 peguam” siapa sebenarnya Siti Bainun?

 

TMJ Pelik “Saya pun tiada 10 peguam” siapa sebenarnya Siti Bainun?1

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenaan untuk menerima Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun datang mengadap bagi membincangkan isu berkaitan remaja sindrom down, adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera pengasas Rumah Bonda.

Selain daripada Rina, TMJ juga membuat pertemuan dengan barisan peguamnya serta aktivis-aktivis @justiceforbella.

Hal tersebut dikongsikan sendiri salah seorang aktivis, Aliff Ahamd di akaun Facebooknya.


TMJ hairan kenapa OKT boleh sekebal itu

Menurut Aliff, TMJ merupakan seorang yang sangat cool dan pertemuan mereka berjalan dalam keadaan sangat santai. Dalam pada itu, aktivis terbabit juga menyatakan kehairanan TMJ mengapa Siti Bainun boleh mempunyai sehingga 10 orang peguam yang mewakili dirinya.

Menerusi kapsyen yang disertakan, beberapa perkara ‘pelik’ turut disenaraikan memandangkan Orang Kena Tuduh (OKT) begitu kebal.


“Saya pun tiada 10 peguam”

Susulan daripada itu, TMJ seakan terpanggil dengan meninggalkan komen di ruangan Instagram berkenaan dan menyatakan baginda masih hairan mengapa hal tersebut boleh terjadi.

Mana tidaknya, baginda sendiri mengakui tidak mempunyai peguam seramai itu dan menganggap apa yang terjadi adalah satu permulaan.


Hero sebenar adalah Bella sendiri

Tambah baginda, hero sebenar dalam isu ini adalah Bella sendiri dan kita semua sama-sama membantu agar Bella serta setiap kanak-kanak di dalam negara terpelihara serta dilindungi. Jadi, TMJ menggesa agar Kerajaan Malaysia segera meminda Undang-undang untuk memasikan kanak-kanak terus dilindungi.


Terdahulu, media melaporkan yang OKT telah diwakili dengan 10 orang peguambela dan difahamkan dia menambah tiga lagi peguam probono untuk tujuan sama.

Sumber: jabatannetizennegara20, hrhcrownprinceofjohor, Aliff Ahmad