eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Ini Kikis Rm99K dengan bercinta Enam Lelaki Serentak

 

Taktik seorang wanita dari China memperdayakan enam lelaki dengan bermodalkan cinta palsu demi mendapatkan kemewahan akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Wanita hanya dikenali sebagai Mao, 42, itu ditahan baru-baru ini selepas didapati menipu enam lelaki separuh umur sepanjang bulan Julai hingga Disember tahun lepas.

Dia berpura-pura mencintai lelaki-lelaki itu dan meminta pelbagai barangan termasuk telefon pintar, komputer, pakaian serta wang tunai.



Taktiknya bagaimanapun berjaya dihidu salah seorang mangsanya, Yu, selepas menerima pelbagai alasan daripada Mao yang berjanji akan mengahwininya.

Menurut akhar Daily Economic News, personaliti menarik dan wajah jelita Mao membuatkan Yu menyukai wanita itu selepas mereka berkenalan menerusi sebuah laman temu janji.

Meskipun wanita itu meminta pelbagai hadiah daripadanya selain wang tunai, Yu tidak pernah menolak. Bagaimanapun, Mao sering memberi pelbagai alasan setiap kali Yu menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan keluarga wanita itu.

Namun, selepas Yu memberi wang kepada Mao untuk membeli pakaian pengantin serta menempah lokasi dan perhiasan perkahwinan, wanita itu sering memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan majlis mereka.


Disebabkan mula berasa curiga, Yu meminta Mao membayar kembali semua wang yang pernah diberikan. Apabila wanita itu enggan menurutinya, Yu membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati bahawa Yu merupakan satu daripada enam mangsa lain yang diperdaya Mao dalam tempoh Julai dan Disember 2021 dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Siasatan bagi kes itu masih berjalan, namun polis berkata, mereka mempunyai bukti-bukti bagi kegiatan Mao dengan jumlah kerugian akibat penipuan sebanyak 150,000 yuan (RM99,597) sepanjang tempoh enam bulan. – AGENSI 

sumber: