eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

YADIM Anggap Video Muzik Lagu Raya Aliff Syukri Berunsur LGBT

 

YADIM Anggap Video Muzik Lagu Raya Aliff Syukri Berunsur LGBT 1

Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) meluahkan rasa kesal berhubung muzik video Hari Raya seorang usahawan kosmetik terkenal.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, video muzik berkenaan secara jelas mempromosi budaya songsang LGBT dan telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang telah memasuki fasa 10 malam terakhir.

“Usahawan yang terkenal konsisten dalam mengeluarkan kandungan medianya yang menyinggung sensitiviti rakyat sebelum ini telah melampaui batasan norma murni masyarakat di Malaysia dengan mengeluarkan video muzik yang mengangkat budaya LGBT.

“Ia bukan sahaja dipandang jijik oleh ajaran Islam, bahkan menyonsang arus budaya sebenarnya masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan lagu berjudul Kelepok Raya yang ketika ini menjadi trending nombor satu di YouTube.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna untuk menunjukkan sikap dan kuasa pengguna kepada usahawan berkenaan yang sering mengeluarkan kandungan yang kelihatan membodohkan diri dan merendah-rendahkan akal budi rakyat.

“Warga pengguna sewajarnya memberikan respon yang tegas meskipun dapat dijangka kita mungkin akan disajikan sekali lagi dengan ‘drama dan air mata’ permohonan maaf usahawan ini.

“Rakyat mesti menolak sikap matlamat menghalalkan cara ini dalam meraih populariti dan laba perniagaan secara murahan,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan penggiat seni yang lain dalam menyatakan bantahan terhadap tindakan yang menjatuhkan imej seni tanah air.

sumber:hmetro