eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Zizan Buat Hal, Air Kolam Pun Nampak Sedap


Pelakon dan pelawak dikenali dengan nama Zizan Razak ini sememangnya cukup sinonim dengan lawak selambanya. Bukan hanya di depan kamera, malah di media sosial juga pelbagai karenah ditonjolkan oleh figura ini membuatkan ramai tertawa dengannya.

Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan gelagat Zizan di bulan puasa yang terliur melihat air kolam cetek telah mencuri perhatian warganet. Manakan tidak, gaya ‘buat teruk’ oleh Zizan Razak ini yang mengakui terliur dengan air kolam cetek itu membuatkan warganet terhibur.

Sudahlah air kolam sahaja, cetek pula tu! Korang saksikan sendiri gelagat Zizan di bulan puasa yang telah dimuat naik 

@zizanrazak869

Yang puasa je faham rasa dia macamana… korang puasa x..???

♬ Ya Allah - Wali

Dalam rakaman tersebut kedengaran Zizan berkata, “bulan puasa ni, air kolam pun nampak sedap”. Macam-macam hal ya! Tapi memang kelakar dengan perangai Zizan Razak ini.

Perkongsian rakaman yang memaparkan gelagat Zizan di bulan puasa ini telah meraih lebih 464 ribu tontonan dan 44 ribu likes.

sumber:Zizanrazak