eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aeril Zafrel Dituduh sewa Lamborghini-“Apa untungnya aku nak tipu?”




Baru-baru ini, pelakon kacak, Aeril Zafrel memberitahu dirinya mahu menjual kereta mewah pemberian isterinya, Wawa Zainal pada penghujung April lalu.

Ekoran itu, timbul spekulasi di kalangan warganet dengan mengatakan Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunar sebenarnya hanyalah menyewa kereta mewah itu.

Aeril dedah mesej (DM) dari seorang individu

Terbaharu, pelakon berusia 34 tahun itu mendedahkan terdapat individu menuduh dirinya menipu demi konten melalui direct message (DM) di laman Instagram.



Dituduh sewa kereta mewah demi konten

Menerusi hantaran itu, dilihat individu tidak dikenali itu mengatakan pelakon itu menipu membeli kereta mewah demi konten dan bukannya hak milik kekal.

Menurut individu itu, tidak salah jika Aeril memberitahu bahawa dia hanyalah menyewa kereta itu sahaja kerana ramai orang di luar sana akan mendoakan yang baik-baik.

“Kalau betullah sewa, tak kisah pun tapi sembang kejutan seperti hak milik kekal. Itu menipu namanya. 

“Kalau beritahu perkara sebenar, pasti ramai mendoakan. Tapi, kenapa perlu menipu demi sebuah konten?”tanya individu tersebut.

“Entahlah.. apa untungnya aku nak tipu,”

Siapa sahaja mahu mendiamkan diri jika orang sudah menuduh dirinya sebagai seorang penipu, bukan?

Oleh itu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu tampil memberi respon dengan mengatakan dirinya tiada sebarang keuntungan jika tipu orang ramai demi sebuah konten.

“Entahlah, apa untungnya aku nak tipu.”tulisnya.


Sumber: Instagram @aeril_zafrel