eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Akibat Langgar Lampu Merah Pejalan Kaki Hempuk Penunggang Motorsikal

 


Memang tak dinafikan ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sama macam situasi yang berjaya dirakamkan ini di mana seorang pejalan kaki bertindak menghempuk seorang penunggang motorsikal yang melintas di hadapannya.

Semuanya gara-gara tindakan penunggang motorsikal itu yang melanggar lampu merah semasa pejalan kaki sedang melintas jalan. Reaksi spontan dari pejalan kaki itu turut menerima sokongan dari netizen yang cukup memahami situasi yang selalu berlaku itu.

@penang_kini sila berhenti dan beri laluan kepada pejalan kaki ketika lampu isyarat merah. Kan dh kena.. 😅 Area ayer itam, Penang #penangkiniviral #penangkini ♬ original sound - Mary Jo

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan pejalan kaki sedang melintas jalan tersebut memandangkan lampu merah sedang menyala ketika itu. Tidak lama kemudian, muncul seorang penunggang motorsikal yang melintas di hadapan pejalan kaki tersebut.

Mungkin berang dengan gelagat penunggang itu, dia kemudiannya menghayun beg plastik yang dipegangnya pada penunggang tersebut yang melintas betul-betul di hadapannya. Tindakan penunggang motorsikal itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh membahayakan pejalan kaki yang lain.

Walaupun penunggang itu berjaya mengelakkan diri daripada dihempuk, kelihatan dia tidak berani untuk memarahi pejalan kaki itu memandangkan dia yang telah melakukan kesilapan di situ. Malah rata-rata netizen turut memahami perasaan pejalan kaki itu dan menyokong tindakannya ini.

sumber:Penang_kini