eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aliff Syukri trauma lima jam disoal siasat SKMM-“Niat saya nak hiburkan anda saja…”


Sejak muzik video (MV) lagu raya yang dinyanyikan oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri disiarkan di laman Youtube Rusa Music pada bulan Ramadan lalu, ia telah menerima pelbagai reaksi negatif di kalangan netizen.

Bukan itu sahaja, bahkan umum mengetahui figura itu dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung dengan MV raya berjudul Kelepok Raya yang dikatakan agak keterlaluan.

Enggan jelas lanjut mengenai siasatan SKMM

Apabila ditanya soal sepanjang siasatan oleh pihak SKMM, Aliff mengatakan dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut. Menurut Aliff, ia masih dalam siasatan.

Difahamkan, ia berlangsung selama lima jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

“Ia masih dalam siasatan dan saya tidak mahu berikan apa-apa kenyataan sebab risau andai tersalah cakap,”terangnya.


Aliff Syukri akui trauma

Terpalit dengan kontroversi tersebut, Aliff mengakui trauma atas apa yang sudah berlaku berhubung dengan kontroversi yang dicetuskan dalam MV raya terbabit.

“Saya insan biasa, jujurnya saya agak trauma dengan apa yang berlaku.”kata Aliff Syukri.


Aliff mohon maaf

Selain itu, Aliff memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan MV raya tersebut.

“Daripada pihak saya, saya mohon maaf kepada semua pihak yang tidak senang dengan muzik video berkenaan.”ujarnya lagi.

Niat nak hiburkan hati peminat

Pada masa yang sama, bapa kepada lima orang cahaya mata itu memberitahu niat sebenar MV tersebut dikeluarkan adalah untuk menghiburkan hati para peminat.

“Niat saya hanya untuk menghiburkan anda sahaja,”jelasnya .

Sumber: Gempak (Amri Hassan)